Wednesday, January 19, 2011

SINOPSIS BAB 5, 6, 7

5

Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat rekabentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah juga menerangkan mengapa tiada siapa yang berani mendiami istana itu. Hal ini demikian kerana pada zaman penjajahan Jepun dulu, ramai tawanan Cina dibunuh di istana itu dan akibatnya istana itu dikatakan berpuaka.

6

Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertiga masuk dan melihat keunikan senibina istana lama tersebut. Tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencar-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak.Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan dari arah hujung terowong dan menjadi cemas.

7

Mereka segera berpatah balik ke pangkal terowong dan tiba di sebuah bilik di dalam istana. Mereka tertanya-tanya suara siapakah yang mereka dengari tadi. Mereka bercadang untuk tunggu sahaja di bilik itu sehingga bantuan sampai. Tiba-tiba seorang pemuda bernama Khairil Anuar muncul. Pemuda itu juga tersesat di dalam istana tersebut dan bekalan makanannya telah dicuri. Pemuda itu juga menceritakan bahawa dia telah melalui berbagai-bagai peristiwa ngeri di dalam istana itu. Mereka semua berharap dapat keluar dari istana itu secepat mungkin.

6 comments: