Wednesday, January 19, 2011

SINOPSIS BAB 1 DAN 2

BAB 1

Tiga orang sahabat iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mengunjungi rumah Pak Ngah. Mereka mendengar dengan penuh minat daripada Tuk Ngah akan kewujudan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk. Istana Menanti yang dikaitkan dengan kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan itu merupakan artifak peninggalan sejarah yang sungguh bernilai. Pernah dijadikan tempat persembunyian Sultan Mahmud ketika Melaka dikalahkan Portugis. Beberapa kejadian yang cuba memusnahkan istana itu seperti dibakar dan dibom namun gagal memusnahkannya. Usia istana yang hampir 500 tahun itu dikatakan dibina oleh tukang yang mahir dari Pagar Ruyung dan disertai juga para wali. Namun kewujudan istana itu kini ditenggelami oleh hutan belukar dan mungkin telah didiami oleh makhluk halus bunian kerana terlalu lama ditinggalkan manusia. Pernah beberapa orang pelancong sesat akibat kehilangan petunjuk jalan ke situ. Mereka yang bernasib baik menjumpai istana itu melihat ada tinggalan alat kebesaran raja Melayu dahulu. Remaja tiga sahabat itu semakin berminat untuk mengetahui keistimewaan Istana Menanti yang juga diceritakan opleh Tuk Ngah tempat pejuang Melayu berlindung semasa penjajahan Jepun dan komunis suatu masa dahulu.

BAB 2

Tiga orang sahabat itu masih belum berpuuas hati dengan cerita Tuk Ngah tentang sejarah Istana menanti yang berkait rapat dengan beberapa peristiwa penting sejarah negara kita. Tuk Ngah terus bercerita tentang asal usul nama rembau dan Sungai Ujung. Begitu juga dengan keistimewaan Istana Menanti itu sendiri. Istana menanti merupakan istana yang pertama di Negeri Sembilan. Semasa kejatuhan Melaka, Negeri Sembilan telah meminta Raja Minangkabau menghantar wakil iaitu Raja Melewar untuk memerintah Negeri sembilan. Istana Menanti yang dibina itu pula di puncak gunung kerana merupaka suatu strategi pahlawan Melayu menyukarkan pihak musuh menjejak mereka. Kejatuhan kerajaan Melaka adalah disebabkan oleh sikap khianat dengki pembesar Melaka sendiri, akhirnya Melaka ditimpa bencana.Keseronokan mendengar cerita daripada Tuk Ngah menjadikan tiga sahabat itu semakin teruja mendaki gunung Datuk walaupun dikatakan Istana itu telah menjadi tempat yang berpuaka.Tuk Ngah bersetuju menemankan mereka bertiga mendaki Gunung Datuk.

kredit: http://sabgs1c.blogspot.com/

1 comment:

  1. Terima Kasih Owner blog ni...sbb dh tlg sye buat kerja rumah...hehe..thx byk2..

    ReplyDelete